Jumaat, 8 Julai 2011

Turkey oh turkey

Untuk masa ini, ayam turkey saya hanya tinggal 8 ekor sahaja lg. kerana banyak habis dijual dan ada yg mati akibat sakit. dan ayam saya jugak dah banyak bertelur dan sekarang hapir berhenti untuk bertelur. jd buat masa ini saya tak tahu sama ada ingin meneruskan atau berhenti seketika.

Selasa, 6 Julai 2010

Sudah bertelor (AYAM PIRU)

kepada semua rakan2 sekalian, ayam piru atau turkey saya telah pun bertelur dan masih menunggu ayam ni bertelur, kerana telur permulaan ayam turky ni masih kecil dan tambahan pulak ini first telur jd dia agak kecil dan tak boleh jual lg, kena tggu besar sikit baru boleh jual.. harga pasaran telor ayam turky ni RM1.50 hingga RM2.00 sebiji buat masa sekarang ni....

Dan sekarang ni ayam turky ni dalam proses mengeraman telur dan masa yang diambil untuk menetas lebih kurang 28 hari..... dan saya telah menjual s'ekor ayam piru saya kepada saudara saya RM50.00 beratnya 4.800KG s'ekor... dan purata berat ayam jantan lebih kurang 4-5kg s'ekor, dan bagi ayam betina 2-3kg sahaja.

Isnin, 24 Mei 2010

Gaduh-gaduh


Ni ayam piru aku tengah bergaduh, susah la nak jaga ayam ni, dia selalu demam ja.. macam orang jugak la... lepastu tak boleh kena hujan.. nanti sakit lg teruk pulak....
jadi aku ingat nak jual la, ayam ni... siapa yg nak beli sila email saya ya,,,

Ayam 5 bln


Ini adalah ayam piru yan sudah berumur 5 bln lebih, nampak mcm dah besar kan!. kalau nak jual dah boleh dah... kalau nak bela lg boleh ja.....
ni cuma dia kembangkan bulu badan dia jadi nampak besar....
tapi kalau banyak jantan dia selalu gaduh, sampai ayam lain pun luka nanti..

Selasa, 23 Mac 2010

penjagaan ayam piru

Anak ayam yang baru menetas amat sensitif kepada keadaan persekitaran dan cuaca, kerana anak akan mudah mati jika tidak diberi perhatian dengan betul. anak ayam piru perlu diletakan dalam satu bekas yang sederhana luas dan didalam nya diletakan dengan jerami atau rumput kering dan perlu disimpan di tempat yang kering dah suhu serderhana panas (suam2 kuku ) supaya dia tidak kesejukan dan jauhi daripada terkena air hujan.

disini ada 2 factor yang anda perlu tahu:-

Disiang hari:- anak ayam perlu dijemur sedikit untuk memanaskan badannya supaya dia tidak kesejukan.

Dd waktu malam:- anak ayam mesti dikelambukan pada waktu malam kerana takut digigit nyamuk. dan perlu meletak lamput sebijik untuk ayam tu panaskan badan dia.

Isnin, 22 Mac 2010

Project ternakan ayam piru / turky


Starting Ternakan.

saya bermula menternak ayam piru pada 10.12.2009 dan membeli anak ayam ni semasa ia menetas pada harga RM 8.00 s'ekor. saya telah membeli sebanyak 40 ekor, tetapi 2 ekor daripadanya telah mati dan tak tahu apa puncanya.
sekarang hanya tinggal 38 ekor. Tetapi peringkat sekarang apa yang dapat anda lihat ayam ini kebanyakannya ayam jantan, dan apabila ayam ini cukup dewasa saya akan jual separuh daripadanya....

Oleh kerana saya masih belajar di UniKL saya tinggalkan kepada ayah saya untuk memeliharanya untuk sementara waktu.

projek ini sedang berjalan di:-

Kg Parit Kasa,
Jalan sempadan,
14300 Nibong Tebal,
Pulau pinang.
kalau berminat nak membeli contact saya di Email mohdfaizan17@yahoo.com